KUALA LUMPUR: Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) di Laos pada Isnin yang turut membincangkan mengenai peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea, menyuarakan kebimbangan terhadap lonjakan ujian peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara dan pelancaran peluru berpandu balistik.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan pemukiman berkenaan berkata perkembangan itu membimbangkan yang mengancam keamanan dan kestabilan serantau.
Menteri-menteri Luar ASEAN menggesa Korea Utara supaya mengambil tindakan untuk meredakan ketegangan dan menyeru semua pihak terlibat supaya menyambung semula dialog secara aman, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah merealisasikan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Semenanjung Korea tanpa senjata nuklear.
"Kami menekankan semula mengenai pentingnya pematuhan sepenuhnya terhadap semua Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang berkaitan serta undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Menurut Kommasith, Pemukiman AMM juga membincangkan situasi di Laut China Selatan, dengan beberapa menteri menyuarakan kebimbangan mengenai tebus guna tanah dan aktiviti yang telah menghakis kepercayaan dan keyakinan.
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan semula mengenai perlunya usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bersama, mengawal diri dalam menjalankan aktiviti yang akan merumitkan atau meningkatkan pertikaian dan menjejaskan keamanan dan kestabilan serta mengelak tindakan yang boleh merumitkan lagi keadaan.
"Kami seterusnya menegaskan semula mengenai usaha untuk meneruskan penyelesaian pertikaian secara aman mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS)," katanya.
Mereka juga menekankan pentingnya tindakan menahan diri dalam menjalankan semua aktiviti oleh pihak yang menuntut dan semua negeri lain, termasuk yang disebut dalam Deklarasi 2002 mengenai Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan (DOC) yang boleh merumitkan lagi keadaan dan meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.
Mereka juga menekankan keperluan untuk mengekalkan dan menggalakkan persekitaran yang kondusif untuk rundingan berterusan Tatalaku (COC) di Laut China Selatan.
Untuk terus menggalakkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Timur, Pemukiman AMM mengalu-alukan usaha berterusan untuk menghidupkan semula Mekanisme Tiga pihak Jepun, China dan Korea Selatan.
ASEAN bersedia untuk memainkan peranan yang membina untuk memudahkan penglibatan sedemikian pada mesyuarat ASEAN dengan ketiga-tiga pihak turut terlibat.
Kommasith berkata Menteri-menteri Luar ASEAN juga menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan keganasan dan konflik bersenjata di Asia Barat.
Mereka menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan pembebasan segera tanpa syarat tebusan dan tahanan awam, terutama wanita, kanak-kanak, orang sakit dan orang tua.
Mereka menegaskan semula sokongan ASEAN terhadap hak sah rakyat Palestin terhadap pewujudan Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.
Pemukiman itu juga mengambil maklum perintah mengenai langkah sementara yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam keputusan sementaranya pada 26 Jan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Lonjakan ujian peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara dan pelancaran peluru berpandu balistik mencetuskan kebimbangan serantau. - AP
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Palestin hargai sokongan Malaysia
Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk kepada Mohamad.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi ke Brunei
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan turut mengadakan kunjungan menghadap ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
Mohamad belum jejak kaki ke pejabat baharu sejak dilantik Menteri Luar
Biarpun belum menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baharu, Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.
Hubungan Malaysia-Iran dipertingkat, kerjasama baharu dibentuk libat pelbagai bidang - Zambry
Langkah Malaysia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran menerusi akses pasaran eksport komiditi terus menerima sambutan baik Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi.
Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.
Malaysia pertimbang buka semula kedutaan yang ditutup sebelum ini - Zambry
Malaysia sedia mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat kedutaan di beberapa negara yang sebelum ini terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
Zambry bertemu lebih 80 pesuruhjaya tinggi, duta asing
Ketua-ketua perwakilan mengharapkan Malaysia akan terus aktif dalam menyuarakan setiap pendapat dan pandangan di peringkat global.